Friday, July 8, 2011

Bingka Lobak Merah / Lempeng Pisang

Kalau dah teringin, buat aja... lepaskan gian...

Bingka Lobak Merah 1 kg lobak merah - bersihkan dan kukus hingga empuk
4 biji telur
1 cawan susu cair
1/2 tin susu pekat (krimer pun buleh)
250 gm tepung gandum
100 gm majerin
1 cawan gula (kurangkan jika tak suka manis)
1/2 sudu teh garam

Kisar lobak, telur, susu pekat, susu cair, gula dan majerin hingga hancur dan sebati.
Tuangkan dalam mangkuk. Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan sebati.
Tuangkan kedalam loyang yang sudah dilengserkan dengan minyak/mentega/majerin. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 55 minit.


Lempeng Pisang (banana pancake)10 biji pisang yang dah ranum (ala2 dah nak jadi zombie gitu)
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
1/2 cawan santan pati (leftover, sayang nak buang)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda

Masuk semua dalam blender, kisar hingga halus dan sebati. Perap seketika.
Panaskan kuali nonstik, tuangkan satu senduk adunan, biarkan hingga masak. Buat hingga adunan habis.

Kalau suka, boleh bubuh inti buat macam apam balik. Kita tabur gula skit, kacang tanah dan coklat cip.