Friday, April 20, 2012

Tempahan Ban Sosej

Sosej bun tempahan - 150 pcs individually packed, semuanya untuk kanak2 tadika/taska.



Pastu buat donat untuk layan diri sendiri...



Monday, April 2, 2012

Talam Keledek (Ubi Manis)

Resipi yang agak mencabar pada diri akak yang jarang sangat merajinkan diri membuat kuih muih Melayu lebih2 lagi jenis kuih talam nih.  Resipi ni akak dapat dari buku resipi lama (guna typewriter) yang diterbitkan oleh SMV ERT Setapak oleh Jabatan Katering (1998).  Tiada sukatan diberikan.  Jawabnya... LU PIKIR LA SENDIRI!!!... 
Mari kita tengok resipi asal dari buku tersebut yang akak taipkan semula di sini dengan penuh kerajinan dan keikhlasan dihati.

Lapisan Bawah 
2 biji keledek (rebus dan lecek)
sedikit tepung jagung
sedikit gula pasir
sedikit air (jika perlu)

Rebus dan lecek keledek.  Campur dengan bahan-bahan lain untuk dijadikan doh yang lembut.
Masukkan dalam satu loyang dan tekan serta ratakannya.
Kukus sebentar 3-5 minit.

Lapisan Atas
1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan + garam

Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.
Tuang ke atas lapisan keledek dan kukus hingga lapisan santan 'set' dan masak.
Sejukkan sebentar sebelum memotong dan hidangkan.

Disebabkan tiada sukatan khusus, akak pun buat ikut versi gubahan akak sendiri.  Fuhhh!!! Nasib baik hasilnya 'lumayan', tuan tanah kata sedap, kebetulan pula ada kawan panggil akak dan family makan2 di rumahnya, jadi akak bawak talam keledek ni sebagai buah tangan.  Wah!!! ramai lak kata sedap, berebut2 diorang makan.  Suka akak...

Mari tengok resipi versi akak pulak, yang telah akak berikan sukatannya.  

Lapisan Bawah 
500 gm keledek rebus (lecek)
150 gm tepung jagung
200 gm gula pasir (kurangkan utk kurang manis)

Campur dengan bahan-bahan lain, kacau hingga menjadi pes.
Masukkan dalam satu loyang (9x9) dan ratakannya.
Kukus sebentar 10 minit.

Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan 
1 sudu teh garam

Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.
Kacau atas api hingga naik wap dan sedikit melikat (jgn terlalu pekat).
Tuang ke atas lapisan keledek yang sudah dikukus tadi.
Kukus lagi selama 20-25 minit atau sehingga lapisan santan 'set' dan masak.
Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.

Tidak dinafikan memang talam keledek ini sungguh memikat hati akak.  Kembang kempis idung akak bila ramai yang memuji... :D

Selamat mencuba!!!