Sunday, October 7, 2012

Talam Serimuka

Talam Serimuka

Lapisan Bawah:
500 gm pulut - cuci dan rendam 6 jam, toskan
1 sudu teh garam
125 ml santan
Air
1 sudu teh minyak

Masukkan pulut ke dalam periuk. Masukkan santan dan air hingga separas pulut. Tambahkan garam dan minyak. Ratakan. Tanak seperti memasak nasi.
Sementara itu, panaskan pengukus.
Bila pulut dah masak, tekan ratakan di dalam loyang 10"x10" dan letak di dalam pengukus.

Lapisan Atas (Kepala):
250 gm tepung gandum
200 gm gula (boleh tambah utk lebih manis)
1 biji telur
500 ml santan
sedikit garam
jus pandan (6-7 helai daun pandan + 250 ml santan cair, dikisar dan tapis)
pewarna hijau (jika suka warna lebih terang)

Campurkan semua bahan kacau dan larutkan hingga tidak berketul. Gunakan penapis untuk asingkan adunan yang berketul.

Tuang ke atas pulut yang telah diratakan di dalam loyang tadi.
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

Biar sejuk sepenuhnya barulah dipotong.

Nota:  Warna hijau agak pucat kerana akak hanya bergantung pada warna hijau asli dari jus pandan.


Resipi: Penyulawa Sdn Bhd
myspace layout