Thursday, December 6, 2012

Chocolate Tiramisu Cake - My Version

Taraaaaa!!! Happy enjoying my own piece of cake... Chocolate Tiramisu cake.  I made this for my son birthday yesterday.  And the best part was everyone enjoying it too... Nothing goes to the bin.  That a success story of my cake, at least, this time...  ;)

Let's see the process of making this simply delicious yummy cake.

1 no. 8" Chocolate Sponge Cake - divided to 3 layers

Syrup:
2 tsps instant coffee + 100 ml fresh milk

Cream mixture:
250 gm whipping cream
400 gm cream cheese
160 gm icing sugar
1 tbsp gelatine powder
70 ml hot water

Dissolve gelatine powder into hot water.  Keep aside to lukewarm.
Whisk whipping cream to stiff peak. Aside.
Beat cream cheese and icing sugar to become creamy.  Gradually add the gelatine mixture in and continue beating until well mixed.
Gently fold in the beaten whipping cream using wooden spatula until mixture is well combined.

...before make over after hours in the freezer

Assemble the cake:
Place 1st layer of cake on the base of springform tray (I used slightly bigger then the cake size), sprinkle coffee syrup on the cake and spread 1/3 of cream mixture.
Place 2nd layer of the cake on the 1st cream layer, sprinkle syrup on the cake and spread another 1/3 of cream mixture. Continue with the 3rd layer of the cake and spread cream mixture on top.
Keep frozen for 8 hours.
Loosen the springform and decorate as desired.
Covered the whole cake with fresh cream frosting but I used the left over cream mixture.  Please do not waste anything... ;)

Less is more... I prefer simple decoration... 

Tuesday, December 4, 2012

Chocolate Indulgence


CHOCOLATE INDULGENCE

SEDIAKAN SPONGE CAKE COKLAT SAIZ 9”

SYRUP (disatukan):
2 tbsp instant coffee
225 tbsp susu uht

MOUSSE:
600 whipping cream
150 g melt dark choc
150g melt white choc
3 sudu besar gelatin
150 ml air

Campurkan air dan gelatin, double-boil hingga gelatin larut.
Sebatikan 1/3 cairan gelatin ke dalam ‘dark choc’ yg telah dicairkan. Selebihnya sebatikan ke dalam ‘white choc’ cair.
Putar cream sehingga licin.
Ambil 200gm krim kaupbalik ke dalam dark choc mixture.
400gm lagi dicampurkan dengan white choc - kaupbalik. Bahagikan kepada dua bahagian.

TOPPING (ganache):
300g uht whipping cream
600g dark choc cincang
½ tbsp melted butter

Panaskan krim, hingga berbuih kecil (tidak mendidih). Masukkan dark choc. Kacau sehingga sebati. Masukkan butter.

DECO:
150g whipping cream diputar.

Cara penyediaan:
Bahagikan kek kepada 4 bahagian.
Lapisan pertama, sapu dengan syrup. Kemudian lepakan dengan white mousse. Letak lapisan kedua. Sapu syrup kopi lagi. Lepakan dengan dark choc. Letak lapisan kek yg ke3, sapu syrup dan lapis dengan mousse putih.
Kemudian tutup lapisan akhir. Lepakan seluruh kek dengan whipping cream yang telah diputar. Setkan sebentar di dalam peti ais. Kemudian curahkan topping.

Sunday, November 4, 2012

Popcorn

Hello... long time no see, sorry so busy me... Here, snack for you... Pop! Pop! Pop!  It's Popcorn timeeee!!!

Let's see how to prepare your own delicious homemade popcorn.
1/2 cup of dried corn kernel (special for popcorn)
50 ml corn oil
1 tbsp butter

heat up the oil in the pan to maximum and melt the butter.

spread the kernel evenly, reduce the heat and cover the pan with the lid.

Listen to the 'pop' until no more 'pop' is heard.

Now, your popcorn is done!!!

Oppsss!!! Lets prepare the caramel, so that our popcorn will taste more better.
1/2 cup sugar
2 tbsps butter

Melt sugar to caramel (browning)
Add butter to melt and mix well.  At this point you can add a tablespoon of honey (if you like).   Let the mixture turn a little bit browning before we fold the popcorn in.

Quickly fold in the popcorns and mix well.

It' ready to pop in your mouth.  ;-)

Sunday, October 7, 2012

Talam Serimuka

Talam Serimuka

Lapisan Bawah:
500 gm pulut - cuci dan rendam 6 jam, toskan
1 sudu teh garam
125 ml santan
Air
1 sudu teh minyak

Masukkan pulut ke dalam periuk. Masukkan santan dan air hingga separas pulut. Tambahkan garam dan minyak. Ratakan. Tanak seperti memasak nasi.
Sementara itu, panaskan pengukus.
Bila pulut dah masak, tekan ratakan di dalam loyang 10"x10" dan letak di dalam pengukus.

Lapisan Atas (Kepala):
250 gm tepung gandum
200 gm gula (boleh tambah utk lebih manis)
1 biji telur
500 ml santan
sedikit garam
jus pandan (6-7 helai daun pandan + 250 ml santan cair, dikisar dan tapis)
pewarna hijau (jika suka warna lebih terang)

Campurkan semua bahan kacau dan larutkan hingga tidak berketul. Gunakan penapis untuk asingkan adunan yang berketul.

Tuang ke atas pulut yang telah diratakan di dalam loyang tadi.
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

Biar sejuk sepenuhnya barulah dipotong.

Nota:  Warna hijau agak pucat kerana akak hanya bergantung pada warna hijau asli dari jus pandan.


Resipi: Penyulawa Sdn Bhd

Friday, September 21, 2012

Bronis Keju Baldu Merah

Tiba2 jer nak 'ngekek'... ternampak pulak sorang kawan tayang gambar RVCB kat fesbuk, terus google cari resipi paling senang sebab akak memang tak suka yang susah.  Dapatlah dari laman www. bakingbites.com yang akak jadikan panduan.  Seperti biasa, mesti kasik derhaka punya...


Bronis Keju Baldu Merah
130 gm mentega
125 gm coklat gelap, cincang
3/4 cawan gula kastor
2 telur 'B'
1 sudu teh vanilla extract
1 1/2 sudu teh pewarna merah untuk makanan
2/3 tepung gandum - ayak
1/4 sudu teh garam

250 gm cream cheese, suhu bilik
1/3 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh vanilla extract

Panaskan oven 175C.  Alaskan loyang empat segi berukuran 8 atau 9 inci dengan aluminium foil dan sapukan minyak.
Cairkan mentega dan coklat bersama, kacau hingga tidak berketul.  Ketepikan dan biar suam.
Dalam mangkuk besar lain, pukul dengan 'whisk' gula, telur, vanilla dan pewarna makanan merah.  Tuangkan campuran coklat dan kacau hingga sebati.  Adunan mesti berwarna merah. Tambahkan 1/2 sudu teh pewarna jika mahu warna yang lebih terang. Tambahkan tepung dan garam, gaul hingga kesemuanya bersatu dan tidak berketul.
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan ke setiap ruang.
Sediakan pula adunan cheese. Pukul krim cis, gula, telur dan vanilla hingga lembut dan licin.  Tompok tompokan ke atas adunan bronis tadi.  Gunakan hujung pisau mentega untuk membuat 'swirl'.

Bakar selama 35-40 minit, hingga bronis dan cis masak di mana keliling bronis berwarna kecoklatan.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang, biasa atau sejuk.


Kecacatannya tenggelam dek kerana rasanya yang 'marvellous' gillerrrr... tekak akak ler... tekak uols... cuba la sendiri ye... Eh! Uols perasa ke apa yang cacat?  Tak perasan?  Cari sendirik ye...


** Bronis boleh di simpan bertutup di petisejuk untuk beberapa hari.

Sunday, September 16, 2012

Salam Kembali dan Kuih Gendang Kasturi

Setelah lama membisu dari dunia 'blogging', insyallah kini akak kembali lagi secara perlahan2.  Kesibukkan yang tidak dapat dielakkan begitu membelenggu hidup sang 'blogger' yang sudah semakin kurang keupayaan mengadap komputer terlalu lama.  Tuakah akak ni deknon??? Adoiyaiiii!!!

Jadi untuk mengembalikan semangat mem'blogging' akak ni, mari kita mulakan dengan satu hidangan kuih Melayu yang tidak luput ditelan zaman dan yang telah akak lupa cara membuat intinya.  Aduh!!! Satu lagi petanda... huhuhu...

Oleh kerana itu, terpaksa akak bertafakur sebentar cuba mengingati apa yang telah arwah emak 'paksa' pada zaman kanak2 dan remaja akak dulu.  Kerana tiada keikhlasan sewaktu membantu emak dulu, itu yang membuatkan ilmu yang diperturunkan pudar dari ingatan.  Sekarangkan dah menggelabah... Salah siapa agaknya??? Lu fikir la sendirik!!!!


Ada pelbagai versi bagi nama kuih ini.  Kalau ikut apa yang keluar dari mulut arwah emak namanya Gendang Kasturi.  Ada juga yang menyebut Rendang Kasturi.  Tidak pasti dari mana 'Gendang' dan 'Rendang' itu muncul.  Begitu juga 'Kasturi'nya... Tapi kalau di negeri2 bahagian utara Malaysia ianya dipanggil Kuih Rengas.  Biar apapun namanya, ia tetap kuih yang sama - kuih yang tidak jemu di makan.


Inti Kacang Hijau

2 1/2 cawan kacang hijau - cuci dan rendam beberapa jam (akak biar 4 jam)
gula (tiada sukatan tertentu, ikut kemanisan yang disukai)
garam (secukup rasa)
air untuk merebus

Satukan kacang, air dan garam.  Rebus hingga kacang separuh hancur.  Tambah air jika perlu.
Masukkan gula.  Masak lagi hingga kacang kelihatan seperti bubur pekat.  Perlahankan api, masak hingga inti sedikit kering.  Kacau selalu supaya tidak berkerak.
Sejukkan dan bentukkan bulat leper mengikut saiz yang disukai.
Susun dalam bekas dan simpan di peti sejuk jika tidak terus digunakan.

Lapisan Luar:  
200 gm tepung beras + 1/2 sudu teh air kapur + garam + air

Satukan kesemua bahan dan bancuh sederhana cair dan tidak bergentel.

Celupkan inti yang telah dibentuk ke dalam bancuhan tepung beras.  Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.  Goreng hingga kekuningan.  Angkat dan toskan.


Siap dan sedia untuk dihidang...

Selamat mencuba.


** Kuih2 lama atau tradisi sebenarnya tiada mempunyai sukatan tertentu.  Ianya satu kemahiran.  Hasil akan bertambah baik jika kita selalu membuatnya.

Tuesday, August 14, 2012

Honey Cornflakes

Lamanya akak tidak bersiaran kat sini ye... Jadi, dikesempatan ini akak mengucapkan Selamat berpuasa dan SELAMAT HARI RAYA untuk semua. Sekali harung punya ucapan... Jangan main mercun sampai cacat ye... pada akak kalau tak der mercun pun tak meriah raya gitu... :D Arini tetiba ada sikit jer ruang utk akak bersantai sambil memikir apa lagi resipi yang perlu akak cuba utk hari raya kali ini. Hari ini jer akak dah siapkan biskut kacang untuk kali ke-3. Kali pertama buat dah masuk perut... licin. kali ke2 untuk tempahan. arini memang confirm utk raya. Pastu akak buat resipi paberet ramai... apa lagi kalau bukan cornflake madu. Resipi akak bantai sendiri la tak guna yang biasa seperti tahun2 lepas. Rasanya yang ini sesuai untuk pesakit diabetes.

 
Honey cornflakes 

A)
200gm cornflakes
50gm toasted chopped almond
50gm toasted peanut
40gm raisins

 B)
125gm butter
1/3 cup honey

 Melt B on slow fire until bubbly. Fold in A. Spoon into paper cups. Bake 150°C for 10-12 minutes. Cool and pack in an air tight container.

 Selamat Mencuba!!!

Thursday, June 21, 2012

Order dari Farah - Serendah

TQ Farah, Selamat Pengantin Baru.

Fancy Cookies - Bees

Blueberry Cheesetart

Chocolate Chips Muffins


Sunday, June 10, 2012

Chocolate Chips Muffin


Got this easy Chocolate Chip Muffin recipe from Allrecipes.com.  Simple but yet delicious.  Not too sweet, just nice to my taste bud...
A)
2 cups all purpose flour
1/2 cup sugar
1 tbsp baking powder
1/2 tsp salt

B)
1 egg
3/4 cup milk ( i used fresh milk)
1/3 cup vege oil

C)
3/4 cup semisweet chocolate chips

Preheat oven 160 Celcius
Combine (A) in a bowl.
Mix (B) together and pour into (A) and stir until combined but still lumpy.
Fold in (C).
Spoon mixture into paper cups.
Bake 20 minutes or toothpick inserted comes out clean.  Cool.


Kek Pisang Coklat Urai

Kek Pisang V2.0 -->>> saja jer bg nama gitu, sebab ada banyak version kek pisang kan...

A)
250 gm majerin/lepa susu
1 cawan gula pasir
5 biji telur
1 sudu besar ovalette

B)
300 gm pisang - lecek

C) --> diayak bersama
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikabonat
1 1/2 sudu teh baking powder

D)
50 gm coklat urai

Panaskan oven pada suhu 160 darjah Celcius.
Pukul A sampai kembang gebu.
Masukkan C berselang seli dengan B.
Kaup balik bahan D.
Tuang ke dalam loyang dan bakar hingga masak.

Sedapnya Mangga...

Manfaatkan buah2 mangga yang sudah terlebih ranum.  Manis dan lemak pada isinya memang sesuai dijadikan pemanis mulut dimusim panas begini.  Sejuk nyaman melalui anak tekak...
Agar-agar Mangga

A/
20 gm agar2 tali
1500 ml air
2/3 cawan gula
secubit garam

B/
400 gm isi mangga
1 cawan susu segar

C/ --> Optional
1 biji buah mangga - ambil isi dan dadu

Masak (A) hingga agar2 hancur dan larut.
Blend (B) untuk dijadikan puri.  Masukkan ke dalam (A) dan kacau hingga pekat.
Kacau (C) ke dalam adunan dan tuangkan ke dalam acuan.
Sejukan hingga mengeras.  Hidangkan.


Jus Mangga dan Yogurt

2 biji mangga masak - ambil isinya
3 sudu besar gula
2 cawan susu segar
135 gm yogurt asli

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun.  Kisar hingga hancur.
Sejukkan dalam peti ais seketika.  Hidangkan.


Wednesday, May 23, 2012

Strawberry Sweet Buns

sweet buns yang dihias dengan isian stoberi... 
tak sangka mendapat sambutan...

Puding Sago Lapis Kastad

Resepi campak2 jer... Sedap di makan bersama curahan sos selepas disejukkan.  
Lapisan Sago
1 cawan sago - bersihkan dan toskan
5 cawan air
3 sudu besar gula (tambah jika suka lebih manis)
sedikit garam

Didihkan air, masukkan sago, gula dan garam.  Masak hingga sago kelihatan jernih.
Tuang ke dalam bekas. Ketepikan dan biarkan ia membeku sedikit.

Lapisan Kastad
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan susu cair
5 cawan air (nak sedap guna susu segar)
sedikit garam

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan sebatikan semuanya.  Kemudian kacau di atas api kecil hingga likat dan berkilat.  Tuang ke atas lapisan sago tadi.  Sejukkan.

Sos Kastad
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastad
1/4 cawan gula (lebih atau kurang ikut manis yang disukai)
1 sudu teh esen vanilla

Larutkan dan sebatikan semua bahan di dalam periuk dan kacau di atas api perlahan hingga sedikit likat.
Sejukkan dulu sebelum dicurahkan ke atas puding semasa menghidang.


Onde-onde (Kuih Bom)

Orang Johor panggil kuih ni Onde-Onde.  Tapi kebanyakkan negeri lain ia dipanggil kuih bom sebab kalau tak kena teknik, ia akan meletup2 sewaktu digoreng dan onde-onde itu pula adalah kuih buah melaka.  Apa2 aja la tapi yang nyata, akak merindui kuih ini yang selalu dibuat oleh arwah mak.  Jadi akak cuba membuatnya sendiri.  Kali pertama dalam hidup cuba sedaya upaya membuatnya kerana sebelum ini akak lebih senang untuk membelinya sahaja.  Bila dapat boleh terus ngap!!! Tak perlu hadapi risik meletup... :D

Onde-onde

200 gm tepung pulut
50 gm tepung gandum
25 gm gula
1/2 cawan santan
1/2 sudu teh garam
air secukupnya
inti kelapa manis
bijan secukupnya

Campurkan tepung pulut, tepung gandum, gula, garam dan santan didalam mangkuk.
Tambah air sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh lembut.
Ambil secubit doh, leperkan dan isikan inti kelapa manis, tutup dan bentukkan bulat menjadi bebola.
Golekkan atas bijan sehingga memenuhi permukaan bebola.
Goreng hingga kekuningan.
Siap untuk dihidang.


Ban Sosej Lagi...

150 pcs untuk anak2 tadika di hari guru.

 cooling process
 individually packed
sealed


Terimakasih Nik...