Friday, June 4, 2010

Steamed Cheese Brownies


200 gm gula kastor

A) - diayak
130 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 st serbuk penaik

170 ml minyak masak
120 gm coklat masakan - cincang
50 gm krimer manis/susu pekat
10 gm ovalette
5 biji telur
1/2 st coklat emulco
1/2 st esen vanilla

Sediakan air kukusan. Griskan acuan empat segi 8x8 inci. Lapik dengan kertas minyak.
Masak coklat masakan secara double-boiler. Masukkan minyak masak bila coklat cair dan gaul sebati. Sejukkan.
Satukan telur, gula dan ovalette dalam mixer. Pukul kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu.
Masukkan bahan A sedikit sedikit sambil dikacau berselag seli dengan adunan coklat.
Kemudian masukkan krimer, emulco dan esen vanilla. Gaul sebati.
Tuang adunan kedalam acuan. Kukus selama 20 minit atau hingga masak.


Bahan Kek Keju:
250 gm krim keju
60 gm gula kastor
4 biji telur
1 st jus/perisa lemon

Pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Tuangkan adunan krim keju ke atas kek coklat yg sudah masak tadi. Tutup acua dengan foil supaya air wap tidak menitik.
Kukus semula 30 minit. Guna api besar.

No comments: