Wednesday, May 23, 2012

Puding Sago Lapis Kastad

Resepi campak2 jer... Sedap di makan bersama curahan sos selepas disejukkan.  
Lapisan Sago
1 cawan sago - bersihkan dan toskan
5 cawan air
3 sudu besar gula (tambah jika suka lebih manis)
sedikit garam

Didihkan air, masukkan sago, gula dan garam.  Masak hingga sago kelihatan jernih.
Tuang ke dalam bekas. Ketepikan dan biarkan ia membeku sedikit.

Lapisan Kastad
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan susu cair
5 cawan air (nak sedap guna susu segar)
sedikit garam

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan sebatikan semuanya.  Kemudian kacau di atas api kecil hingga likat dan berkilat.  Tuang ke atas lapisan sago tadi.  Sejukkan.

Sos Kastad
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastad
1/4 cawan gula (lebih atau kurang ikut manis yang disukai)
1 sudu teh esen vanilla

Larutkan dan sebatikan semua bahan di dalam periuk dan kacau di atas api perlahan hingga sedikit likat.
Sejukkan dulu sebelum dicurahkan ke atas puding semasa menghidang.


No comments:

myspace layout