Sunday, September 16, 2012

Salam Kembali dan Kuih Gendang Kasturi

Setelah lama membisu dari dunia 'blogging', insyallah kini akak kembali lagi secara perlahan2.  Kesibukkan yang tidak dapat dielakkan begitu membelenggu hidup sang 'blogger' yang sudah semakin kurang keupayaan mengadap komputer terlalu lama.  Tuakah akak ni deknon??? Adoiyaiiii!!!

Jadi untuk mengembalikan semangat mem'blogging' akak ni, mari kita mulakan dengan satu hidangan kuih Melayu yang tidak luput ditelan zaman dan yang telah akak lupa cara membuat intinya.  Aduh!!! Satu lagi petanda... huhuhu...

Oleh kerana itu, terpaksa akak bertafakur sebentar cuba mengingati apa yang telah arwah emak 'paksa' pada zaman kanak2 dan remaja akak dulu.  Kerana tiada keikhlasan sewaktu membantu emak dulu, itu yang membuatkan ilmu yang diperturunkan pudar dari ingatan.  Sekarangkan dah menggelabah... Salah siapa agaknya??? Lu fikir la sendirik!!!!


Ada pelbagai versi bagi nama kuih ini.  Kalau ikut apa yang keluar dari mulut arwah emak namanya Gendang Kasturi.  Ada juga yang menyebut Rendang Kasturi.  Tidak pasti dari mana 'Gendang' dan 'Rendang' itu muncul.  Begitu juga 'Kasturi'nya... Tapi kalau di negeri2 bahagian utara Malaysia ianya dipanggil Kuih Rengas.  Biar apapun namanya, ia tetap kuih yang sama - kuih yang tidak jemu di makan.


Inti Kacang Hijau

2 1/2 cawan kacang hijau - cuci dan rendam beberapa jam (akak biar 4 jam)
gula (tiada sukatan tertentu, ikut kemanisan yang disukai)
garam (secukup rasa)
air untuk merebus

Satukan kacang, air dan garam.  Rebus hingga kacang separuh hancur.  Tambah air jika perlu.
Masukkan gula.  Masak lagi hingga kacang kelihatan seperti bubur pekat.  Perlahankan api, masak hingga inti sedikit kering.  Kacau selalu supaya tidak berkerak.
Sejukkan dan bentukkan bulat leper mengikut saiz yang disukai.
Susun dalam bekas dan simpan di peti sejuk jika tidak terus digunakan.

Lapisan Luar:  
200 gm tepung beras + 1/2 sudu teh air kapur + garam + air

Satukan kesemua bahan dan bancuh sederhana cair dan tidak bergentel.

Celupkan inti yang telah dibentuk ke dalam bancuhan tepung beras.  Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.  Goreng hingga kekuningan.  Angkat dan toskan.


Siap dan sedia untuk dihidang...

Selamat mencuba.


** Kuih2 lama atau tradisi sebenarnya tiada mempunyai sukatan tertentu.  Ianya satu kemahiran.  Hasil akan bertambah baik jika kita selalu membuatnya.

No comments: