Friday, September 21, 2012

Bronis Keju Baldu Merah

Tiba2 jer nak 'ngekek'... ternampak pulak sorang kawan tayang gambar RVCB kat fesbuk, terus google cari resipi paling senang sebab akak memang tak suka yang susah.  Dapatlah dari laman www. bakingbites.com yang akak jadikan panduan.  Seperti biasa, mesti kasik derhaka punya...


Bronis Keju Baldu Merah
130 gm mentega
125 gm coklat gelap, cincang
3/4 cawan gula kastor
2 telur 'B'
1 sudu teh vanilla extract
1 1/2 sudu teh pewarna merah untuk makanan
2/3 tepung gandum - ayak
1/4 sudu teh garam

250 gm cream cheese, suhu bilik
1/3 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh vanilla extract

Panaskan oven 175C.  Alaskan loyang empat segi berukuran 8 atau 9 inci dengan aluminium foil dan sapukan minyak.
Cairkan mentega dan coklat bersama, kacau hingga tidak berketul.  Ketepikan dan biar suam.
Dalam mangkuk besar lain, pukul dengan 'whisk' gula, telur, vanilla dan pewarna makanan merah.  Tuangkan campuran coklat dan kacau hingga sebati.  Adunan mesti berwarna merah. Tambahkan 1/2 sudu teh pewarna jika mahu warna yang lebih terang. Tambahkan tepung dan garam, gaul hingga kesemuanya bersatu dan tidak berketul.
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan ke setiap ruang.
Sediakan pula adunan cheese. Pukul krim cis, gula, telur dan vanilla hingga lembut dan licin.  Tompok tompokan ke atas adunan bronis tadi.  Gunakan hujung pisau mentega untuk membuat 'swirl'.

Bakar selama 35-40 minit, hingga bronis dan cis masak di mana keliling bronis berwarna kecoklatan.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang, biasa atau sejuk.


Kecacatannya tenggelam dek kerana rasanya yang 'marvellous' gillerrrr... tekak akak ler... tekak uols... cuba la sendiri ye... Eh! Uols perasa ke apa yang cacat?  Tak perasan?  Cari sendirik ye...


** Bronis boleh di simpan bertutup di petisejuk untuk beberapa hari.

Sunday, September 16, 2012

Salam Kembali dan Kuih Gendang Kasturi

Setelah lama membisu dari dunia 'blogging', insyallah kini akak kembali lagi secara perlahan2.  Kesibukkan yang tidak dapat dielakkan begitu membelenggu hidup sang 'blogger' yang sudah semakin kurang keupayaan mengadap komputer terlalu lama.  Tuakah akak ni deknon??? Adoiyaiiii!!!

Jadi untuk mengembalikan semangat mem'blogging' akak ni, mari kita mulakan dengan satu hidangan kuih Melayu yang tidak luput ditelan zaman dan yang telah akak lupa cara membuat intinya.  Aduh!!! Satu lagi petanda... huhuhu...

Oleh kerana itu, terpaksa akak bertafakur sebentar cuba mengingati apa yang telah arwah emak 'paksa' pada zaman kanak2 dan remaja akak dulu.  Kerana tiada keikhlasan sewaktu membantu emak dulu, itu yang membuatkan ilmu yang diperturunkan pudar dari ingatan.  Sekarangkan dah menggelabah... Salah siapa agaknya??? Lu fikir la sendirik!!!!


Ada pelbagai versi bagi nama kuih ini.  Kalau ikut apa yang keluar dari mulut arwah emak namanya Gendang Kasturi.  Ada juga yang menyebut Rendang Kasturi.  Tidak pasti dari mana 'Gendang' dan 'Rendang' itu muncul.  Begitu juga 'Kasturi'nya... Tapi kalau di negeri2 bahagian utara Malaysia ianya dipanggil Kuih Rengas.  Biar apapun namanya, ia tetap kuih yang sama - kuih yang tidak jemu di makan.


Inti Kacang Hijau

2 1/2 cawan kacang hijau - cuci dan rendam beberapa jam (akak biar 4 jam)
gula (tiada sukatan tertentu, ikut kemanisan yang disukai)
garam (secukup rasa)
air untuk merebus

Satukan kacang, air dan garam.  Rebus hingga kacang separuh hancur.  Tambah air jika perlu.
Masukkan gula.  Masak lagi hingga kacang kelihatan seperti bubur pekat.  Perlahankan api, masak hingga inti sedikit kering.  Kacau selalu supaya tidak berkerak.
Sejukkan dan bentukkan bulat leper mengikut saiz yang disukai.
Susun dalam bekas dan simpan di peti sejuk jika tidak terus digunakan.

Lapisan Luar:  
200 gm tepung beras + 1/2 sudu teh air kapur + garam + air

Satukan kesemua bahan dan bancuh sederhana cair dan tidak bergentel.

Celupkan inti yang telah dibentuk ke dalam bancuhan tepung beras.  Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.  Goreng hingga kekuningan.  Angkat dan toskan.


Siap dan sedia untuk dihidang...

Selamat mencuba.


** Kuih2 lama atau tradisi sebenarnya tiada mempunyai sukatan tertentu.  Ianya satu kemahiran.  Hasil akan bertambah baik jika kita selalu membuatnya.