Thursday, September 3, 2009

Kuih Raya - Almond Cookies

Malam ni masih rajin, dah siap dah almond cookies. Resipi ambil dari majalah lama, suruh Along salinkan kat kertas. Sebab bahan ringkas dan semua bahan ada dalam simpanan, layan je la... jom tengok.

Biskut Badam
1 biji kuning telur / 1 egg yolk
180g mentega / butter
180g tepung gandum / all purpose flour
150g tepung jagung / corn flour
113 gula ising / icing sugar
4 sudu besar badam kisar / 4 tbsps grounded almond

Hiasan / Glazing
Kuning telur / egg yolk
Badam hiris / almond sliced

Cara menyediakan:
Putarkan mentega dan gula hingga kembang. / Beat butter and sugar till fluffy.
Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian kacau rata hingga menjadi doh lembut. / Add in yolk, flour, corn flour and grounded almond and stir mix till soft doh is formed.
Canai dan terap. / Roll out and cut to your design.
Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam. / Glaze and sprinkle with sliced almond.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 degree Celcius selama 12-15 minit atau sehingga masak. / Bake under 180 Degeree Celcius for 12-15 minutes.


No comments: