Sunday, April 17, 2011

Yok Ngedot Yok...

Yok ngedot! Hahahaha...
Tengah 'hot' bagai goreng pisang panas... sana sini org sibuk 'ngedot', terpanggil untuk mencuba. Actually ni dah kali ke-3 mencuba. Just 'OK' to me. I prefer tradisional apam lagik... hak golek2 dalam kelapa parut tu.
Buat memang senang... budak2 la suka, dari malas boleh lak 'terrajin' nak membantu. Layan jer la... bagi semangat. Bila dah siap kukus cantik ler, bersemangat nak makan. Eh! bukan kita, budak2 tu yang suka nak makan. Anak2 bawak ke sekolah, ramai le kawan ngimpit siap pesan soh bawak lagi. Ye la, nak beli kat makcik yang jual depan pagar sekolah tu kena bayar RM1 dapat 5 bijik, yang tak cukup duit tu tak merasa la kan. Tak per, bila makcik rajin buat korang makan free lah... Memang dah kabor kat anak, makan share ngan kenkawan nanti murah rezeki kita.

Arini buat lagi sebab Mak Usu anak2 ni nak datang. Dah lama Mak Usu dan anak2 dia tak datang rumah sejak Pak Usu dah tak der ni. Siap bekalkan kat Mak Usu untuk anak2nya si Masturina dan Syamina bawak gi sekolah esok... boleh la... kerja simple rajin ler... huhuhuhu...

ini resepinya kita dapat dari laman sosial facebook. kalau ikut apa yang terdapat di Kongsi Resipi Facebook, resipi dari Zuriana Abd Latif, jadi ni bukan resipi kita ye... kita share jer...

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

No comments: