Tuesday, November 22, 2011

Bun Pisang Coklat Urai

Bun Pisang Coklat Urai

500g tepung (guna tepung roti)
10g yis (tuang jer sepeket mauripan)
10g bread improver
5g garam
200g pisang emas/berangan - dilecek
60g majerin
75g gula kastor
150 ml air/susu segar (tuang sedikit2, tambah jika perlu)
50g coklat urai

Hiasan:
'eggwash'
coklat urai secukupnya

1. Campurkan majerin, pisang lecek dan semua bahan kering kecuali coklat urai kedalam mangkuk pengadun.
2. Putar perlahan sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti. Dengan kelajuan sederhana, masukkan air atau susu sedikit demi sedikit. Uli sehingga adonan elastik. Masukkan coklat urai sebelum berhenti menguli. Perap hingga adonan naik 2x ganda. Uli semula.
3. Ambil adunan sebanyak 30g, bulatkan dan susun dalam dulang pembakar
4. Biar adunan kembang semula dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah Celcius.


No comments: