Monday, November 28, 2011

Puding Bertih Koko


Bahan (A)
30 gm agar2 tali
1500 ml air
1 1/2 cawan gula

Bahan (B)
5 biji telur
3 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar majerin
1 tin (400ml) susu cair
200 ml air

Bahan (C) - Bertih koko secukupnya

  1. Satukan agar2 dan air, masak hingga hancur. Masukkan gula, masak hingga gula larut.
  2. Satukan semua bahan (B) di dalam periuk. Tuang dan tapis bahan (A) ke dalam (B). Masak atas api hingga likat.
  3. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang. Tabur bahan (C) serata permukaan. Tuangkan baki adunan.
  4. Sejukkan.


***Jika anda rajin, boleh disusun berlapis berwarna warni, ikut kreativiti sendiri.