Friday, November 19, 2010

Keria Labu


500 gm labu manis - kukus dan lecek
250 gm tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
1 cawan air
minyak goreng secukupnya

campurkan tepung ke dalam labu sedikit demi sedikit dan uli hingga doh lembut.
gentel dan buat lubang di tengah2. sapu sedikit tepung di tangan supaya doh tidak melekat semasa digentel. susun atas loyang yang ditabur tepung.
panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.
masak gula dan air hingga pekat. masukkan kuih siap goreng dan gaul hingga gula melekat dan kering.
hidangkan.

Tuesday, November 9, 2010

Bingka Labu

Sekarang apa2 pun mesti nak dijadikan bingka. Kali ni Labu al Pumpkin jadi mangsa. Seperti biasa penggunaan santan memang dielakkan dan digantikan dengan susu segar atau susu cair. Konon2 biarlah jadi menu hidangan sihat.

BINGKA LABU MANIS

Bahan
500g labu manis - buang kulit dan kukus smp lembut
5 biji telur besor
500 ml susu segar
200 gm gula - boleh kurangkan atau lebihkan ikut selera
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara
Lecek labu yang sudah dikukus hingga hancur. Ketepikan.
Panaskan oven 180 darjah Celcius. Lengserkan loyang dengan mentega. (sy guna loyang 12"x12")
Campurkan telur, susu segar, garam, gula dan tepung. Kacau dengan 'whisker' hingga semua bercampur sebati dan tidak bergentel. Tapiskan.
Masukkan labu lecek dan kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang.
Bakar dalam oven selama 35 minit atau hingga masak.

Monday, November 8, 2010

Bingka Roti

Mengpelbagaikan penggunaan roti yang sudah hampir kepada tarikh luput, bingka adalah cara yang paling mudah. Ini resipi paling ringkas yang diolah berdasarkan beberapa resipi yang terdapat di alam maya.


Bahan
3 bj telur
7 keping roti gardenia
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 camb mentega atau majerin
1/4 camt garam
500ml susu segar
1 camt esen vanila

Cara
Rendamkan roti yang dikoyak kecil ke dalam susu.
Kisar gula dan telur (guna blender je). Kemudian masukkan majerin. Kisar lagi.
Kemudian masukkan esen vanila, garam dan tepung. Kisar lagi.
Akhir sekali masukkan campuran roti dan susu, kisar lagi hingga sebati.
Tuang ke dalam loyang bingka yg telah dilengser, dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
myspace layout