Bahan (A)
30 gm agar2 tali1500 ml air
1 1/2 cawan gula
Bahan (B)
5 biji telur
3 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar majerin
1 tin (400ml) susu cair
200 ml air
Bahan (C) - Bertih koko secukupnya
- Satukan agar2 dan air, masak hingga hancur. Masukkan gula, masak hingga gula larut.
- Satukan semua bahan (B) di dalam periuk. Tuang dan tapis bahan (A) ke dalam (B). Masak atas api hingga likat.
- Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang. Tabur bahan (C) serata permukaan. Tuangkan baki adunan.
- Sejukkan.
***Jika anda rajin, boleh disusun berlapis berwarna warni, ikut kreativiti sendiri.