Friday, March 30, 2012

Kuih Siput

Mulut terasa nak mengunyah jer, tapi tak der apa yang boleh dilayankan.  Asyik bukak katup pintu peti es tapi tak jumpa apa yang berkenan ditekak.  Terpandang kelapa parut yang dibeli 2-3hari lepas, diblend dan ambil santannya.  Macam2 dah fikir nak buat itu ini, akhirnya kuih siput jadi pilihan.

Kudapan tradisi kegemaran yang tak jemu dikunyah.  Kalau adunan 500gm tu sekali hadap jer.  
500 gm tepung
30 gm ikan bilis - kisar
2 sudu besar ketumbar - kisar
1 sudu teh jintan manis - kisar
1 sudu teh jinta puteh - kisar
1 sudu teh garam
100 gm majerin
1 biji telur
200 ml santan

Satukan tepung, bahan kisar dan garam, gaul rata.
Masukkan majerin dan ramas hingga menjadi serbuk roti.
Gaulkan telur dan masukkan santan sedikit demi sedikit sambil gaul hingga rata dan sebati.
Uli hingga menjadi doh lembut.
Cubit doh dan tenyeh atas papan cetak kuih siput.
Goreng dalam minyak yang banyak.  Sentiasa kacau hingga kuning kecoklatan.

Sebelum goreng.

Selepas goreng dan sedia utk di'ngap'.

Sunday, March 25, 2012

Puding Laici


Kemas punya kemas, terjumpa 1 tin buah laici yang sudah menghampiri tarikh luput. Tengok bahan semuanya ada, terus jer jadikannya puding.

Puding Laici/Agar2 Susu Laici

1 tin (567 ml) buah laici - asingkan laici dan sirap
20 gm agar2 'strip'
3/4 cawan gula
750 ml air
1 tin susu cair
secubit garam

Satukan agar2, air, gula, garam dan sirap laici dalam periuk. Masak hingga agar2 hancur dan mendidih.
Kisarkan susu dan buah laici hingga hancur. Masukkan ke dalam campuran agar2 tadi. Kacau hingga mendidih sebentar.
Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan.

Monday, March 19, 2012

Kek Pisang Senang dan Mudah

Senang dan sedap!!! Kek yang gebu dan lembut membelai tekak. Memang tidak mengecewakan. Terimakasih wahai Rodziah yang sudi share resipinya. Tapi untuk my version, ada sedikit adjustment pada resipi... kalau ikutkan buleh dapat 2 biji saiz 8 bulat. Tapi akak cuma buat 1 biji saiz 8" bulat dan selebihnya akak cawankan...


From: Rodziah
To: resipidotnet@yahoogroups.com
Subject: Kek Pisang Mudah



Kek Pisang Mudah

A
1 cwn gula pasir
5 biji telor (grade B)
1 sudu makan ovalette

B
5 biji pisang berangan/embun/kapas (+/- 500gm mashed banana)
1 cwn minyak/butter cair (200ml only)
-lenyek aja, dah betul2 hancur masukkan minyak, sebatikan


C (ayak bersama)
3 cwn tepung
1 1/2 s/t soda bikabonat
1 1/2 s/t baking powder

D (sendiri tambah)
1 sudu teh esen pisang


-Pukul A hingga kembang, masukkan esen pisang, masukkan B, masukkan C.
-Bakar. (suhu 160 darjah celcius, 50 minit utk kek besor, 25 minit utk kek cawan)



Selamat mencuba.

Saturday, March 3, 2012

Talam Cendol

Semalam cuba2 buat kuih talam. Dimulakan dengan Talam cendol dari Nasrien Nas, rakan facebook dari group resepi.... Tak rugi mencuba. Bila dah jadi ianya 'berdangdut' atau bergoyang2. Sedap jer masuk tekak. Manis pun sederhana. Memang mabeles!!! Terimakasih pada Nasrien Nas yang tidak lokek untuk berkongsi resipinya.

Satu tragedi berlaku semasa membuat talam nih. Akibat salah percaturan, adunan bawah yang telah masuk loyang terkucil dan tertumpah separuh, cendol2 tu pun ikut sama terjun... aduhai... nak nangis pun tak buleh. Tapi bila ianya menjadi, terubat juga la kesedihan akibat adunan tumpah tadi.


Talam Cendol Nasrien Nas
Bahagian bawah:
200 gm tepung beras
700 ml santan cair
1 sudu besar tepung jagung
120 gm gula pasir
1 sudu kecil garam
200 gm cendol

cara:
campurkan semua bahan dalam periuk kecuali cendol, masak dengan api perlahan hingga naik wap
tuang dalam loyang 10x10x2 dan masukkan cendol, kacau sedikit bagi cendol rata
kukus selama 15-20 minit

Bahagian atas:
300 gm gula merah
30 gm gula pasir
750 ml santan pekat
3 helai daun pandan
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam

cara:
blendkan semua bahan hingga gula hancur dan sebati
tuang dan tapiskan dlm mangkuk
bile adunan yg bawah dah masak, cakar2 sedikit dgn garfu dan tuang adunan bahagian atas di atas lapisan cendol
kukus selama 40 minit/hingga masak

Kek Span Baldu Merah (Red Velvet Sponge Cake)


Percubaan berani mati menderhaka pada resipi asal. Sorry beb... saja jer, wa suka jalan pintas... huhuhu... buat seperti kek span biasa jer, di saluti dengan cream cheese frosting. Tapi my point of view, kalau guna shortcut macam ni, frosting tu kena kurangkan gula. Too sweet to my anak tekak. Salah sendiri jugak, yang diikut resipi mat saleh tu sapa suruh, walhal sendiri punya resipi cheese frosting sedang elok jer.

Kek Span Baldu Merah
250 gm tepung campuran kek span coklat
4 biji telur
50 ml air
1 sudu teh cuka
50 ml minyak sayur
pewarna merah secukupnya

Satukan tepung, telur dan air dalam mangkuk pengadun.
Sebatikan adunan dengan kelajuan minima utk 1 minit. Tambahkan cuka.
Pukul kelajuan maximum hingga adunan kembang dan gebu, bertukar warna kepada lebih cerah dan pucat.
Adunan yang cukup kembang dan gebu akan membentuk seperti tanduk, pegerakan untuk jatuh ke bawah sangat lambat, masukkan minyak dan kacau dengan spatula hingga rata.
Tambahkan pewarna merah. Kacau sebati.
Masukkan ke dalam loyang, hentak beberapa kali supaya dapat mengeluarkan gelembung udara yang terperangkap.
Bakar 170 darjan Celcius selama 40 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai. Biar sejuk.
Sedia untuk dihias.

Siap dimekap.

myspace layout