Monday, April 2, 2012

Talam Keledek (Ubi Manis)

Resipi yang agak mencabar pada diri akak yang jarang sangat merajinkan diri membuat kuih muih Melayu lebih2 lagi jenis kuih talam nih.  Resipi ni akak dapat dari buku resipi lama (guna typewriter) yang diterbitkan oleh SMV ERT Setapak oleh Jabatan Katering (1998).  Tiada sukatan diberikan.  Jawabnya... LU PIKIR LA SENDIRI!!!... 
Mari kita tengok resipi asal dari buku tersebut yang akak taipkan semula di sini dengan penuh kerajinan dan keikhlasan dihati.

Lapisan Bawah 
2 biji keledek (rebus dan lecek)
sedikit tepung jagung
sedikit gula pasir
sedikit air (jika perlu)

Rebus dan lecek keledek.  Campur dengan bahan-bahan lain untuk dijadikan doh yang lembut.
Masukkan dalam satu loyang dan tekan serta ratakannya.
Kukus sebentar 3-5 minit.

Lapisan Atas
1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan + garam

Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.
Tuang ke atas lapisan keledek dan kukus hingga lapisan santan 'set' dan masak.
Sejukkan sebentar sebelum memotong dan hidangkan.

Disebabkan tiada sukatan khusus, akak pun buat ikut versi gubahan akak sendiri.  Fuhhh!!! Nasib baik hasilnya 'lumayan', tuan tanah kata sedap, kebetulan pula ada kawan panggil akak dan family makan2 di rumahnya, jadi akak bawak talam keledek ni sebagai buah tangan.  Wah!!! ramai lak kata sedap, berebut2 diorang makan.  Suka akak...

Mari tengok resipi versi akak pulak, yang telah akak berikan sukatannya.  

Lapisan Bawah 
500 gm keledek rebus (lecek)
150 gm tepung jagung
200 gm gula pasir (kurangkan utk kurang manis)

Campur dengan bahan-bahan lain, kacau hingga menjadi pes.
Masukkan dalam satu loyang (9x9) dan ratakannya.
Kukus sebentar 10 minit.

Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan 
1 sudu teh garam

Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.
Kacau atas api hingga naik wap dan sedikit melikat (jgn terlalu pekat).
Tuang ke atas lapisan keledek yang sudah dikukus tadi.
Kukus lagi selama 20-25 minit atau sehingga lapisan santan 'set' dan masak.
Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.

Tidak dinafikan memang talam keledek ini sungguh memikat hati akak.  Kembang kempis idung akak bila ramai yang memuji... :D

Selamat mencuba!!!





2 comments:

tok_chik said...

salam puan
tc dah mencuba resepi ni tetapi alahai sedihnya dihati...lapisan bawahnya keras dah macam roti bantat
resepi yang diberikan adalah:
500grm keledek
150gram tepung jagung

semasa mengadunnya adunan dah kental semacam, saya teruskan juga mengukusnya walaupun hati dah rasa ragu
disini saya mohon pencerahan daripada pihak puan untuk adunan lapisan bawah supaya ianya menjadi seperti yang puan sediakan

modgurl said...

Assalamualaikum. Terima kasih sebab post resepi talam keledek ni. Saya dah cuba resepi ni. Memang mudah dan ringkas! Cuma lain kali, saya akan kurangkan tepung jagung dan tepung beras, supaya kuih talam nye jadi lebih lembut :)

myspace layout