Showing posts with label Pudding. Show all posts
Showing posts with label Pudding. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Sedapnya Mangga...

Manfaatkan buah2 mangga yang sudah terlebih ranum.  Manis dan lemak pada isinya memang sesuai dijadikan pemanis mulut dimusim panas begini.  Sejuk nyaman melalui anak tekak...
Agar-agar Mangga

A/
20 gm agar2 tali
1500 ml air
2/3 cawan gula
secubit garam

B/
400 gm isi mangga
1 cawan susu segar

C/ --> Optional
1 biji buah mangga - ambil isi dan dadu

Masak (A) hingga agar2 hancur dan larut.
Blend (B) untuk dijadikan puri.  Masukkan ke dalam (A) dan kacau hingga pekat.
Kacau (C) ke dalam adunan dan tuangkan ke dalam acuan.
Sejukan hingga mengeras.  Hidangkan.


Jus Mangga dan Yogurt

2 biji mangga masak - ambil isinya
3 sudu besar gula
2 cawan susu segar
135 gm yogurt asli

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun.  Kisar hingga hancur.
Sejukkan dalam peti ais seketika.  Hidangkan.


Wednesday, May 23, 2012

Puding Sago Lapis Kastad

Resepi campak2 jer... Sedap di makan bersama curahan sos selepas disejukkan.  
Lapisan Sago
1 cawan sago - bersihkan dan toskan
5 cawan air
3 sudu besar gula (tambah jika suka lebih manis)
sedikit garam

Didihkan air, masukkan sago, gula dan garam.  Masak hingga sago kelihatan jernih.
Tuang ke dalam bekas. Ketepikan dan biarkan ia membeku sedikit.

Lapisan Kastad
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan susu cair
5 cawan air (nak sedap guna susu segar)
sedikit garam

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan sebatikan semuanya.  Kemudian kacau di atas api kecil hingga likat dan berkilat.  Tuang ke atas lapisan sago tadi.  Sejukkan.

Sos Kastad
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastad
1/4 cawan gula (lebih atau kurang ikut manis yang disukai)
1 sudu teh esen vanilla

Larutkan dan sebatikan semua bahan di dalam periuk dan kacau di atas api perlahan hingga sedikit likat.
Sejukkan dulu sebelum dicurahkan ke atas puding semasa menghidang.


Sunday, March 25, 2012

Puding Laici


Kemas punya kemas, terjumpa 1 tin buah laici yang sudah menghampiri tarikh luput. Tengok bahan semuanya ada, terus jer jadikannya puding.

Puding Laici/Agar2 Susu Laici

1 tin (567 ml) buah laici - asingkan laici dan sirap
20 gm agar2 'strip'
3/4 cawan gula
750 ml air
1 tin susu cair
secubit garam

Satukan agar2, air, gula, garam dan sirap laici dalam periuk. Masak hingga agar2 hancur dan mendidih.
Kisarkan susu dan buah laici hingga hancur. Masukkan ke dalam campuran agar2 tadi. Kacau hingga mendidih sebentar.
Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan.

Monday, November 28, 2011

Puding Bertih Koko


Bahan (A)
30 gm agar2 tali
1500 ml air
1 1/2 cawan gula

Bahan (B)
5 biji telur
3 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar majerin
1 tin (400ml) susu cair
200 ml air

Bahan (C) - Bertih koko secukupnya

  1. Satukan agar2 dan air, masak hingga hancur. Masukkan gula, masak hingga gula larut.
  2. Satukan semua bahan (B) di dalam periuk. Tuang dan tapis bahan (A) ke dalam (B). Masak atas api hingga likat.
  3. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang. Tabur bahan (C) serata permukaan. Tuangkan baki adunan.
  4. Sejukkan.


***Jika anda rajin, boleh disusun berlapis berwarna warni, ikut kreativiti sendiri.



Wednesday, November 9, 2011

Tuesday, February 1, 2011

Puding Karamel



Resipi kita senang jer.

5 sudu besar gula - jadikan gula hangus dan masukkan dlm loyang

bahan puding
5 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam

Campurkan semua bahan puding dan kacau sebati. tapiskan kedalam loyang berisi gula hangus.
Kukus 20 minit diatas api sederhana.


hehehehe... yg ni tak ditapis sbb malas... tu dia macam lubang jerawat...

Monday, March 23, 2009

Heart Shaped Chocolate Moist

Once again this chocolate moist was ordered by the same customer that had ordered twice before. All in heart shaped topped with ganache and heart-shaped chocolate toppers... Can you differentiate them?

Wednesday, December 17, 2008

Bread Pudding

Bread Pudding

10 slices white bread (sandwich bread)
1 ltr fresh milk
4 eggs
2 tbsps sugar
raisins
butter

Preheat oven at 160 degree Celcius.
Grease baking tray evenly with butter.
Spread butter on the bread and layer them nicely in the tray. Sprinkle sugar and raisins on top of each layer of the buttered bread.
Combine milk, eggs and sugar in a bowl. Beat lightly until sugar dissolved.
Pour the mixture into the bread and let them soak for 15 minutes.
Bake for 20 minutes.
myspace layout