Showing posts with label kuih melayu. Show all posts
Showing posts with label kuih melayu. Show all posts
Saturday, December 21, 2013
Onde Onde Labu Manis (Pumpkin Onde Onde)
250 gm glutinous rice flour
150 gm cooked pumpkin - mashed
30 gm sugar
pinch of salt
100 ml warm water
Coconut in palm sugar - for filling
sesame seeds - for coaating
Cooking Oil for frying
Mix flour, mashed pumpkin, sugar and salt in a bowl.
Gradually add warm water and knead to form soft dough.
Divide into small balls, flatten, put some filling and close the edges.
Roll into sesame seeds until surface covered.
Deep fry in hot oil on medium heat.
Serve.
Friday, December 13, 2013
Onde Onde Inti Kelapa
In my birthplace it is known as Onde Onde. Other places known as 'kuih bom' (referring to explosion during deep frying process) or 'kuih bijan' (coating with sesame seeds on the skin). It is always filled with sweet filling such as coconut in palm sugar (as I preferred) or green bean or red bean paste.
Onde onde (Kuih Bom)
A)
125 gm glutinous rice flour
15 gm all purpose flour
30 gm sugar
Pinch of salt
100 ml warm water
B)
Filling of your choice (I choosed young coconut in palm sugar)
C)
sesame for coating
D)
Oil for deep frying
Mix (A) to form gentle soft dough.
Divide the dough into small round ball (I got 15 pcs), flatten on your palm, put some filling and close the edge.
Roll into sesame seeds until surface covered.
Deep frying in hot oil on medium heat.
Serve.
coconut in palm sugar filling
1 whole grated coconut - only white part
250gm gula melaka (palm sugar) - chopped
1 tsp salt
2 pcs pandan (screwpine) leaves
2 1/2 cups water
combine all ingredients and cook on medium heat. stir occassionally to mix well and to avoid the bottom to burnt, until thicken and water dissolve.
option:
drop 1 1/2 tbsps all purpose flour in, mix well to make the filling thicken, shining and moisture.
off the heat. leave to cool.
shape as desire. ready to use.
keep refridgerated for future use).
Sunday, October 7, 2012
Talam Serimuka
Talam Serimuka
Lapisan Bawah:
500 gm pulut - cuci dan rendam 6 jam, toskan
1 sudu teh garam
125 ml santan
Air
1 sudu teh minyak
Masukkan pulut ke dalam periuk. Masukkan santan dan air hingga separas pulut. Tambahkan garam dan minyak. Ratakan. Tanak seperti memasak nasi.
Sementara itu, panaskan pengukus.
Bila pulut dah masak, tekan ratakan di dalam loyang 10"x10" dan letak di dalam pengukus.
Lapisan Atas (Kepala):
250 gm tepung gandum
200 gm gula (boleh tambah utk lebih manis)
1 biji telur
500 ml santan
sedikit garam
jus pandan (6-7 helai daun pandan + 250 ml santan cair, dikisar dan tapis)
pewarna hijau (jika suka warna lebih terang)
Campurkan semua bahan kacau dan larutkan hingga tidak berketul. Gunakan penapis untuk asingkan adunan yang berketul.
Tuang ke atas pulut yang telah diratakan di dalam loyang tadi.
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Biar sejuk sepenuhnya barulah dipotong.
Nota: Warna hijau agak pucat kerana akak hanya bergantung pada warna hijau asli dari jus pandan.
Resipi: Penyulawa Sdn Bhd

Sunday, September 16, 2012
Salam Kembali dan Kuih Gendang Kasturi
Setelah lama membisu dari dunia 'blogging', insyallah kini akak kembali lagi secara perlahan2. Kesibukkan yang tidak dapat dielakkan begitu membelenggu hidup sang 'blogger' yang sudah semakin kurang keupayaan mengadap komputer terlalu lama. Tuakah akak ni deknon??? Adoiyaiiii!!!
Jadi untuk mengembalikan semangat mem'blogging' akak ni, mari kita mulakan dengan satu hidangan kuih Melayu yang tidak luput ditelan zaman dan yang telah akak lupa cara membuat intinya. Aduh!!! Satu lagi petanda... huhuhu...
Oleh kerana itu, terpaksa akak bertafakur sebentar cuba mengingati apa yang telah arwah emak 'paksa' pada zaman kanak2 dan remaja akak dulu. Kerana tiada keikhlasan sewaktu membantu emak dulu, itu yang membuatkan ilmu yang diperturunkan pudar dari ingatan. Sekarangkan dah menggelabah... Salah siapa agaknya??? Lu fikir la sendirik!!!!
Ada pelbagai versi bagi nama kuih ini. Kalau ikut apa yang keluar dari mulut arwah emak namanya Gendang Kasturi. Ada juga yang menyebut Rendang Kasturi. Tidak pasti dari mana 'Gendang' dan 'Rendang' itu muncul. Begitu juga 'Kasturi'nya... Tapi kalau di negeri2 bahagian utara Malaysia ianya dipanggil Kuih Rengas. Biar apapun namanya, ia tetap kuih yang sama - kuih yang tidak jemu di makan.
Inti Kacang Hijau
2 1/2 cawan kacang hijau - cuci dan rendam beberapa jam (akak biar 4 jam)
gula (tiada sukatan tertentu, ikut kemanisan yang disukai)
garam (secukup rasa)
air untuk merebus
Satukan kacang, air dan garam. Rebus hingga kacang separuh hancur. Tambah air jika perlu.
Masukkan gula. Masak lagi hingga kacang kelihatan seperti bubur pekat. Perlahankan api, masak hingga inti sedikit kering. Kacau selalu supaya tidak berkerak.
Sejukkan dan bentukkan bulat leper mengikut saiz yang disukai.
Susun dalam bekas dan simpan di peti sejuk jika tidak terus digunakan.
Lapisan Luar:
200 gm tepung beras + 1/2 sudu teh air kapur + garam + air
Satukan kesemua bahan dan bancuh sederhana cair dan tidak bergentel.
Celupkan inti yang telah dibentuk ke dalam bancuhan tepung beras. Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Siap dan sedia untuk dihidang...
Selamat mencuba.
** Kuih2 lama atau tradisi sebenarnya tiada mempunyai sukatan tertentu. Ianya satu kemahiran. Hasil akan bertambah baik jika kita selalu membuatnya.

Wednesday, May 23, 2012
Onde-onde (Kuih Bom)
Orang Johor panggil kuih ni Onde-Onde. Tapi kebanyakkan negeri lain ia dipanggil kuih bom sebab kalau tak kena teknik, ia akan meletup2 sewaktu digoreng dan onde-onde itu pula adalah kuih buah melaka. Apa2 aja la tapi yang nyata, akak merindui kuih ini yang selalu dibuat oleh arwah mak. Jadi akak cuba membuatnya sendiri. Kali pertama dalam hidup cuba sedaya upaya membuatnya kerana sebelum ini akak lebih senang untuk membelinya sahaja. Bila dapat boleh terus ngap!!! Tak perlu hadapi risik meletup... :D
Onde-onde
200 gm tepung pulut
50 gm tepung gandum
25 gm gula
1/2 cawan santan
1/2 sudu teh garam
air secukupnya
inti kelapa manis
bijan secukupnya
Campurkan tepung pulut, tepung gandum, gula, garam dan santan didalam mangkuk.
Tambah air sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh lembut.
Ambil secubit doh, leperkan dan isikan inti kelapa manis, tutup dan bentukkan bulat menjadi bebola.
Golekkan atas bijan sehingga memenuhi permukaan bebola.
Goreng hingga kekuningan.
Siap untuk dihidang.

Monday, April 2, 2012
Talam Keledek (Ubi Manis)
Resipi yang agak mencabar pada diri akak yang jarang sangat merajinkan diri membuat kuih muih Melayu lebih2 lagi jenis kuih talam nih. Resipi ni akak dapat dari buku resipi lama (guna typewriter) yang diterbitkan oleh SMV ERT Setapak oleh Jabatan Katering (1998). Tiada sukatan diberikan. Jawabnya... LU PIKIR LA SENDIRI!!!...
Mari kita tengok resipi asal dari buku tersebut yang akak taipkan semula di sini dengan penuh kerajinan dan keikhlasan dihati.
Lapisan Bawah
2 biji keledek (rebus dan lecek)
sedikit tepung jagung
sedikit gula pasir
sedikit air (jika perlu)
Rebus dan lecek keledek. Campur dengan bahan-bahan lain untuk dijadikan doh yang lembut.
Masukkan dalam satu loyang dan tekan serta ratakannya.
Kukus sebentar 3-5 minit.
Lapisan Atas
1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan + garam
Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.
Tuang ke atas lapisan keledek dan kukus hingga lapisan santan 'set' dan masak.
Sejukkan sebentar sebelum memotong dan hidangkan.
Disebabkan tiada sukatan khusus, akak pun buat ikut versi gubahan akak sendiri. Fuhhh!!! Nasib baik hasilnya 'lumayan', tuan tanah kata sedap, kebetulan pula ada kawan panggil akak dan family makan2 di rumahnya, jadi akak bawak talam keledek ni sebagai buah tangan. Wah!!! ramai lak kata sedap, berebut2 diorang makan. Suka akak...
Mari tengok resipi versi akak pulak, yang telah akak berikan sukatannya.
Lapisan Bawah
500 gm keledek rebus (lecek)
150 gm tepung jagung
200 gm gula pasir (kurangkan utk kurang manis)
Campur dengan bahan-bahan lain, kacau hingga menjadi pes.
Masukkan dalam satu loyang (9x9) dan ratakannya.
Kukus sebentar 10 minit.
Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1 sudu teh garam
Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.
Kacau atas api hingga naik wap dan sedikit melikat (jgn terlalu pekat).
Tuang ke atas lapisan keledek yang sudah dikukus tadi.
Kukus lagi selama 20-25 minit atau sehingga lapisan santan 'set' dan masak.
Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.
Tidak dinafikan memang talam keledek ini sungguh memikat hati akak. Kembang kempis idung akak bila ramai yang memuji... :D
Selamat mencuba!!!
Friday, March 30, 2012
Kuih Siput
Mulut terasa nak mengunyah jer, tapi tak der apa yang boleh dilayankan. Asyik bukak katup pintu peti es tapi tak jumpa apa yang berkenan ditekak. Terpandang kelapa parut yang dibeli 2-3hari lepas, diblend dan ambil santannya. Macam2 dah fikir nak buat itu ini, akhirnya kuih siput jadi pilihan.
500 gm tepung
30 gm ikan bilis - kisar
2 sudu besar ketumbar - kisar
1 sudu teh jintan manis - kisar
1 sudu teh jinta puteh - kisar
1 sudu teh garam
100 gm majerin
1 biji telur
200 ml santan
Satukan tepung, bahan kisar dan garam, gaul rata.
Masukkan majerin dan ramas hingga menjadi serbuk roti.
Gaulkan telur dan masukkan santan sedikit demi sedikit sambil gaul hingga rata dan sebati.
Uli hingga menjadi doh lembut.
Cubit doh dan tenyeh atas papan cetak kuih siput.
Goreng dalam minyak yang banyak. Sentiasa kacau hingga kuning kecoklatan.
Sebelum goreng.
Selepas goreng dan sedia utk di'ngap'.
Saturday, March 3, 2012
Talam Cendol

Talam Cendol Nasrien Nas
Bahagian bawah:
200 gm tepung beras
700 ml santan cair
1 sudu besar tepung jagung
120 gm gula pasir
1 sudu kecil garam
200 gm cendol
cara:
campurkan semua bahan dalam periuk kecuali cendol, masak dengan api perlahan hingga naik wap
tuang dalam loyang 10x10x2 dan masukkan cendol, kacau sedikit bagi cendol rata
kukus selama 15-20 minit
Bahagian atas:
300 gm gula merah
30 gm gula pasir
750 ml santan pekat
3 helai daun pandan
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
cara:
blendkan semua bahan hingga gula hancur dan sebati
tuang dan tapiskan dlm mangkuk
bile adunan yg bawah dah masak, cakar2 sedikit dgn garfu dan tuang adunan bahagian atas di atas lapisan cendol
kukus selama 40 minit/hingga masak

Friday, July 8, 2011
Bingka Lobak Merah / Lempeng Pisang
Kalau dah teringin, buat aja... lepaskan gian...

4 biji telur
1 cawan susu cair
1/2 tin susu pekat (krimer pun buleh)
250 gm tepung gandum
100 gm majerin
1 cawan gula (kurangkan jika tak suka manis)
1/2 sudu teh garam
Kisar lobak, telur, susu pekat, susu cair, gula dan majerin hingga hancur dan sebati.
Tuangkan dalam mangkuk. Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan sebati.
Tuangkan kedalam loyang yang sudah dilengserkan dengan minyak/mentega/majerin. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 55 minit.
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
1/2 cawan santan pati (leftover, sayang nak buang)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
Masuk semua dalam blender, kisar hingga halus dan sebati. Perap seketika.
Panaskan kuali nonstik, tuangkan satu senduk adunan, biarkan hingga masak. Buat hingga adunan habis.
Kalau suka, boleh bubuh inti buat macam apam balik. Kita tabur gula skit, kacang tanah dan coklat cip.
Friday, June 24, 2011
Kuih Bakar Pandan

A
200ml Air
150gm gula
Pes pandan (optional)
B
14 helai daun pandan
250ml air
C
220gm tepung gandum
1/2 tsp Garam
D
3 biji telur (Grade B)
E
150ml pati santan
100ml air
Didihkan A untuk dijadikan sirap dan sejukkan.
Kisar bahan B dan ambil jusnya.
Campurkan semua bahan, kisar hingga sebati.
Sapukan loyang (9 inci) dgn sedikit minyak, taburkan bijan.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 55 minit.
Sunday, April 17, 2011
Yok Ngedot Yok...
Yok ngedot! Hahahaha...

Tengah 'hot' bagai goreng pisang panas... sana sini org sibuk 'ngedot', terpanggil untuk mencuba. Actually ni dah kali ke-3 mencuba. Just 'OK' to me. I prefer tradisional apam lagik... hak golek2 dalam kelapa parut tu.

Buat memang senang... budak2 la suka, dari malas boleh lak 'terrajin' nak membantu. Layan jer la... bagi semangat. Bila dah siap kukus cantik ler, bersemangat nak makan. Eh! bukan kita, budak2 tu yang suka nak makan. Anak2 bawak ke sekolah, ramai le kawan ngimpit siap pesan soh bawak lagi. Ye la, nak beli kat makcik yang jual depan pagar sekolah tu kena bayar RM1 dapat 5 bijik, yang tak cukup duit tu tak merasa la kan. Tak per, bila makcik rajin buat korang makan free lah... Memang dah kabor kat anak, makan share ngan kenkawan nanti murah rezeki kita.

Arini buat lagi sebab Mak Usu anak2 ni nak datang. Dah lama Mak Usu dan anak2 dia tak datang rumah sejak Pak Usu dah tak der ni. Siap bekalkan kat Mak Usu untuk anak2nya si Masturina dan Syamina bawak gi sekolah esok... boleh la... kerja simple rajin ler... huhuhuhu...

ini resepinya kita dapat dari laman sosial facebook. kalau ikut apa yang terdapat di Kongsi Resipi Facebook, resipi dari Zuriana Abd Latif, jadi ni bukan resipi kita ye... kita share jer...
3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Wednesday, March 2, 2011
2-tiers Pulut Kuning
Tuesday, February 1, 2011
Karipap Kampung
Wednesday, January 26, 2011
Bubur Jagung
Friday, November 19, 2010
Keria Labu
500 gm labu manis - kukus dan lecek
250 gm tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
1 cawan air
minyak goreng secukupnya
campurkan tepung ke dalam labu sedikit demi sedikit dan uli hingga doh lembut.
gentel dan buat lubang di tengah2. sapu sedikit tepung di tangan supaya doh tidak melekat semasa digentel. susun atas loyang yang ditabur tepung.
panaskan minyak dan goreng hingga keemasan.
masak gula dan air hingga pekat. masukkan kuih siap goreng dan gaul hingga gula melekat dan kering.
hidangkan.
Tuesday, November 9, 2010
Bingka Labu
Sekarang apa2 pun mesti nak dijadikan bingka. Kali ni Labu al Pumpkin jadi mangsa. Seperti biasa penggunaan santan memang dielakkan dan digantikan dengan susu segar atau susu cair. Konon2 biarlah jadi menu hidangan sihat.
BINGKA LABU MANIS
Bahan
500g labu manis - buang kulit dan kukus smp lembut
5 biji telur besor
500 ml susu segar
200 gm gula - boleh kurangkan atau lebihkan ikut selera
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Cara
Lecek labu yang sudah dikukus hingga hancur. Ketepikan.
Panaskan oven 180 darjah Celcius. Lengserkan loyang dengan mentega. (sy guna loyang 12"x12")
Campurkan telur, susu segar, garam, gula dan tepung. Kacau dengan 'whisker' hingga semua bercampur sebati dan tidak bergentel. Tapiskan.
Masukkan labu lecek dan kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang.
Bakar dalam oven selama 35 minit atau hingga masak.

Monday, November 8, 2010
Bingka Roti
Mengpelbagaikan penggunaan roti yang sudah hampir kepada tarikh luput, bingka adalah cara yang paling mudah. Ini resipi paling ringkas yang diolah berdasarkan beberapa resipi yang terdapat di alam maya.
Bahan
3 bj telur
7 keping roti gardenia
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 camb mentega atau majerin
1/4 camt garam
500ml susu segar
1 camt esen vanila
Cara
Rendamkan roti yang dikoyak kecil ke dalam susu.
Kisar gula dan telur (guna blender je). Kemudian masukkan majerin. Kisar lagi.
Kemudian masukkan esen vanila, garam dan tepung. Kisar lagi.
Akhir sekali masukkan campuran roti dan susu, kisar lagi hingga sebati.
Tuang ke dalam loyang bingka yg telah dilengser, dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
Subscribe to:
Posts (Atom)