Showing posts with label talam. Show all posts
Showing posts with label talam. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Talam Keledek (Ubi Manis)

Resipi yang agak mencabar pada diri akak yang jarang sangat merajinkan diri membuat kuih muih Melayu lebih2 lagi jenis kuih talam nih.  Resipi ni akak dapat dari buku resipi lama (guna typewriter) yang diterbitkan oleh SMV ERT Setapak oleh Jabatan Katering (1998).  Tiada sukatan diberikan.  Jawabnya... LU PIKIR LA SENDIRI!!!... 
Mari kita tengok resipi asal dari buku tersebut yang akak taipkan semula di sini dengan penuh kerajinan dan keikhlasan dihati.

Lapisan Bawah 
2 biji keledek (rebus dan lecek)
sedikit tepung jagung
sedikit gula pasir
sedikit air (jika perlu)

Rebus dan lecek keledek.  Campur dengan bahan-bahan lain untuk dijadikan doh yang lembut.
Masukkan dalam satu loyang dan tekan serta ratakannya.
Kukus sebentar 3-5 minit.

Lapisan Atas
1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan + garam

Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.
Tuang ke atas lapisan keledek dan kukus hingga lapisan santan 'set' dan masak.
Sejukkan sebentar sebelum memotong dan hidangkan.

Disebabkan tiada sukatan khusus, akak pun buat ikut versi gubahan akak sendiri.  Fuhhh!!! Nasib baik hasilnya 'lumayan', tuan tanah kata sedap, kebetulan pula ada kawan panggil akak dan family makan2 di rumahnya, jadi akak bawak talam keledek ni sebagai buah tangan.  Wah!!! ramai lak kata sedap, berebut2 diorang makan.  Suka akak...

Mari tengok resipi versi akak pulak, yang telah akak berikan sukatannya.  

Lapisan Bawah 
500 gm keledek rebus (lecek)
150 gm tepung jagung
200 gm gula pasir (kurangkan utk kurang manis)

Campur dengan bahan-bahan lain, kacau hingga menjadi pes.
Masukkan dalam satu loyang (9x9) dan ratakannya.
Kukus sebentar 10 minit.

Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan 
1 sudu teh garam

Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.
Kacau atas api hingga naik wap dan sedikit melikat (jgn terlalu pekat).
Tuang ke atas lapisan keledek yang sudah dikukus tadi.
Kukus lagi selama 20-25 minit atau sehingga lapisan santan 'set' dan masak.
Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan.

Tidak dinafikan memang talam keledek ini sungguh memikat hati akak.  Kembang kempis idung akak bila ramai yang memuji... :D

Selamat mencuba!!!





Saturday, March 3, 2012

Talam Cendol

Semalam cuba2 buat kuih talam. Dimulakan dengan Talam cendol dari Nasrien Nas, rakan facebook dari group resepi.... Tak rugi mencuba. Bila dah jadi ianya 'berdangdut' atau bergoyang2. Sedap jer masuk tekak. Manis pun sederhana. Memang mabeles!!! Terimakasih pada Nasrien Nas yang tidak lokek untuk berkongsi resipinya.

Satu tragedi berlaku semasa membuat talam nih. Akibat salah percaturan, adunan bawah yang telah masuk loyang terkucil dan tertumpah separuh, cendol2 tu pun ikut sama terjun... aduhai... nak nangis pun tak buleh. Tapi bila ianya menjadi, terubat juga la kesedihan akibat adunan tumpah tadi.


Talam Cendol Nasrien Nas
Bahagian bawah:
200 gm tepung beras
700 ml santan cair
1 sudu besar tepung jagung
120 gm gula pasir
1 sudu kecil garam
200 gm cendol

cara:
campurkan semua bahan dalam periuk kecuali cendol, masak dengan api perlahan hingga naik wap
tuang dalam loyang 10x10x2 dan masukkan cendol, kacau sedikit bagi cendol rata
kukus selama 15-20 minit

Bahagian atas:
300 gm gula merah
30 gm gula pasir
750 ml santan pekat
3 helai daun pandan
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam

cara:
blendkan semua bahan hingga gula hancur dan sebati
tuang dan tapiskan dlm mangkuk
bile adunan yg bawah dah masak, cakar2 sedikit dgn garfu dan tuang adunan bahagian atas di atas lapisan cendol
kukus selama 40 minit/hingga masak

myspace layout