Wednesday, May 23, 2012

Onde-onde (Kuih Bom)

Orang Johor panggil kuih ni Onde-Onde.  Tapi kebanyakkan negeri lain ia dipanggil kuih bom sebab kalau tak kena teknik, ia akan meletup2 sewaktu digoreng dan onde-onde itu pula adalah kuih buah melaka.  Apa2 aja la tapi yang nyata, akak merindui kuih ini yang selalu dibuat oleh arwah mak.  Jadi akak cuba membuatnya sendiri.  Kali pertama dalam hidup cuba sedaya upaya membuatnya kerana sebelum ini akak lebih senang untuk membelinya sahaja.  Bila dapat boleh terus ngap!!! Tak perlu hadapi risik meletup... :D

Onde-onde

200 gm tepung pulut
50 gm tepung gandum
25 gm gula
1/2 cawan santan
1/2 sudu teh garam
air secukupnya
inti kelapa manis
bijan secukupnya

Campurkan tepung pulut, tepung gandum, gula, garam dan santan didalam mangkuk.
Tambah air sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh lembut.
Ambil secubit doh, leperkan dan isikan inti kelapa manis, tutup dan bentukkan bulat menjadi bebola.
Golekkan atas bijan sehingga memenuhi permukaan bebola.
Goreng hingga kekuningan.
Siap untuk dihidang.


No comments:

myspace layout