Thursday, June 12, 2008

Chocolate Chip Cookies

Dah lama tak 'update' blog, tak tau mana nak mula. Serabut sungguh. Sebenarnya memang banyak yang belum di'tayang'kan kat sini. Kat opis sibuk ngan kerja, lagipun waktu kerja tak elok gak wat menda laing... balik rumah lak sibuk ngan tempahan. Kalau tak der tempahan, pc lak occupied. Ye la, kat rumah tu ada 4 orang, pc ada 2 jer. Bila anak2 dah guna utk projek sekolah, omak dio tarik la diri... tapi kalau anak pulak dok main game... apalagi, berdehem skit jer tau la dia kena blah dari situ... hehehe... omak eh diktator. Kalau omak nih keluar suara... sendirik mau hengat...

Ok ler... untuk 'brush-up' balik skill meng'update' ni, kita mulakan ngan kukis ni lah. Actually dah lama dah buat, poser tahun lepas. Kat rumah lama mmg dah tepek ler, kat sini jer belum. Ni la baru nak tepek. Kita pulak bukan reti buat kukis... eh... buat ok, tapi bila tiba part baking kukis ada phobia skit... semanjangnya tak cun. Kalau tak rentung, kukis tak cukup masak... uuuwaaaaaaaaaaaa... tensen betul la... Sampai jemu orang nak ajar...

Resipi pun guna resipi orang - tak pandai lagi nak membuat resipi sendiri, cuma ubah2 bila terdesak. Main belasah jer... Orang yang begitu pemurah hatinya - Kak Hanieliza. Ish... lama sungguh dah tak jumpa kak liza nih, rindu rasanya nak dengar kak liza pot pet pot pet... syoik ooooooooooooo...

Jom layannnn...
BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP [versi baru] By: Hanieliza
Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
150 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum - used SRF instead]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum - I used oat
Cara
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Hiaskan dengan cairan white coklat.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

No comments: