Monday, May 4, 2009

Kek Butter Susan - jasa dikenang

Ni masa zaman baru mula berjinak2 ngan baking... belajar ambil tempahan. Deko pun atas pertolongan kawan2, Zaini, Yanti dan Lynn Sham. Masa tu tak der confident langsung nak buat sendiri. Ambil tempahan ni pun dalam paksaan... semuanya bermula dari Kak Rusiah opismet kita, pencetus keberanian kita hingga hari ini...

Terimakasih semua... jasa korang akan wa kenang hingga akhir hayat, sebab tu kita tepek kat sini, biar sentiasa ingat...

yang ini masa birthday Picca yg ke2 - anak Kak Rus. First time ambil oder
2 gambar kat bawah ni, cuba2 buat sendiri, sesi melembut tulang...

Semuanya dari 1 resipi...

Kek Butter Susan
3 cawan tepung kek
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan mentega, dilembutkan
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
4 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan sour cream

Caranya
Panaskan ketuhar pada 165 darjah C. Sapukan mentega dan tepung pada loyang 10 inci.
Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.
Dalam acuan pukul butter, gula dan gula perang sampai kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan juga vanilla. Masukkan tepung dan juga sour cream dan gaul hingga sebati.
Tuangkan adonan dalam loyang dan bakar selama 75 minit atau sehingga kek masak.

Untuk cupcake ni kita bakar selama 25 minit pada suhu 165 darjah C sebab cup tu kecit jer... utk menambah rasa dan warna kita boh chocolate emulco.

No comments: