Tuesday, May 5, 2009

Roti Kentang

Dari arkib lama http://penyulawa.fotopages.com
Ini dia roti kentang ikut resipi dari cebisan majalah. Guna instant potato flake jer… Dek kerana doh tu lembik melekit (terlebih air la kotttt, first time buat nih) tak boleh dibentuk ngan tangan, guna loyang cutter, alaskan dengan parchment paper then lambakkan jer. Kasi rata sampai memenuhi loyang. Ambil cutter (keluarkan blade ikut saiz yang disukai), wa tekan ke atas doh. Biarkan doh kembang. Udah kembang, pipekan custard dan bakar pada suhu 170 celcius selama 25 minit.


ROTI KENTANG

500g tepung (guna tepung roti)
10g yis
1 biji telur gred B (guna gred C)
10g bread improver
5g garam
70g tepung campuran kentang (wa guna potato flakes)
60g majerin
100g gula kastor
350 ml air sejuk

Inti/topping
50g instant kastad
125ml susu segar


1. Campurkan kastard segera bersama susu segar. Kacau sebati.
2. Uli tepung spt adonan roti. Masukkan sedikit air dan uli lagi. Biarkan 15 minit.
3. Ambil aunan sebanyak 30g, bulatkan dan susun dalam dulang pembakar
4. Setelah naik, paipkan atasnya dgn kastad dan bakar selama 25 minit.


No comments:

myspace layout