Loading...

Sunday, February 8, 2009

Sunflower Seeds Loaf for Noxxa Breadmaker

Sebenarnya resipi ni untuk pengguna2 breadmaker Noxxa yang boleh di order dari Amway. Anyway, bagi pengguna2 breadmaker jenama lain pun boleh, cuma perlu gunakan setting 'RAPID' atau pun setting untuk wholemeal bread. Kalau guna manual pun boleh, sama jer caranya... Tengok hasilnya memang tak mengecewakan. Sedappppppppp... Kita ada buat sedikit pindaan ke atas resipi tersebut tapi tak lah ketara. Kita gantikan air kepada susu segar dan kita omit kan penggunaan susu tepung. Kebetulan pulak shortening dah habis dan tak beli2 lagi, kita gantikan dengan majerin planta...

Sunflower Seeds Loaf (Prog No. 4)

Bahan2nya:
250gm tepung wholemeal
175gm tepung roti
75gm tepung biasa
50gm biji bunga matahari
300ml air
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar shortening
1 sudu teh garam
2 sudu teh yis segera
Biji bunga matahari tambahan

1. Letakkan blade penguli dalam breadpan
2. Masukkan air, gula, garam, shortening dan susu tepung ke dalam breadpan
3. Masukkan semua tepung dan akhir sekali yis segera.
4. Pilih Program 4 dan tekan mula.
5. 2 minit sebelum process menguli berhenti, bukan pintu oven dan masukkan 50 gm biji bunga matahari. Tutup pintu oven dan sambung process menguli.
6. Bila process menguli berhenti, sprinkle lebihan biji bunga matahari (optional). Tutup oven dan teruskan dengan process membakar.
7. Bila siap, remove bread dan biarkan sejuk sebelum di potong.

No comments: